Thursday, 20 October 2011

Bentuk

Assalamualaikum..Hari ini kita akan belajar salah satu tajuk
dalam matematik iaitu Bentuk 3d..

1. BENTUK 3-D
  • Prisma segi tiga ada 5 muka , 9 tepi dan 6 bucu. Ia ada 2 tapak berbentuk segi tiga.

  • Prisma segi empat sama ada 6 muka, 12 tepi dan 8 bucu. Ia ada 2 tapak berbentuk segi empat sama.


  • Prisma segi empat tepat ada 6 muka, 12 tepi dan 8 bucu. Ia ada 2 tapak berbentuk segi empat tepat.

Tuesday, 11 October 2011

Cergas Minda



 

Mahir Sifir Cara Pantas

Assalamualaikum..
Sedikit video cara-cara menggira dengan pantas menggunakan sifir..

Video 1



Video 2


Video 3


Selamat Mencuba...!!

5 PETUA SKOR A MATEMATIK

1. KENAL PASTI KEKUATAN DAN KELEMAHAN ANDA
 i.  Senaraikan topik dan kenal pasti kemahiran-kemahiran yang masih belum anda kuasai sepenuhnya

2. GANDAKAN LATIH TUBI
 
Latih tubi adalah aktiviti membuat latihan bagi soalan-soalan yang biasa
disoal dalam peperiksaan. 
 
3 perkara yang perlu kita lakukan: 
•Lebihkan membuat latihan daripada membaca. Apabila kita membuat latihan, secara automatik kita       juga perlu membaca. 
•Dapatkan soalan-soalan lepas. Soalan-soalan lepas adalah gambaran tentang apa yang perlu kita tahu dalam setiap subjek. 
• Buat latih tubi ini secara berterusan. Semakin banyak latihan yang kita lakukan, kita akan nampak soalan  bagaimana yang bakal keluar nanti. Apabila ini berlaku, proses pembelajaran jadi jauh lebih mudah.

3. TINGKATKAN KEPANTASAN DAN KETEPATAN

Ketepatan bermaksud kita tahu dengan tepat apa yang diperlukan oleh soalan-soalan subjek atau soalan-soalan peperiksaan.
Untuk meningkatkan tahap ketepatan, kita memerlukan 3 kemahiran belajar.
Kemahairan belajar itu ialah;
  • Kemahiran untuk fokus semasa belajar
  • Kemahiran menghafal
  • Kemahiran menulis nota kreatif

Kepantasan adalah berapa cepat anda dapat selesaikan sesuatu soalan atau berapa cepat anda jawab sesuatu soalan di dalam dewan peperiksaan. Cara paling mudah untuk kita meningkatkan kepantasan ialah dengan membuat latihan dalam masa yang ditetapkan.
4. JAGA KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL 
  • Banyakkan makan makanan yang berkhasiat
  • Banyakan minum air yang bersih
  • Luangkan masa untuk beraktiviti, seperti bersukan untuk mengeluarkan peluh
  • Tidur yang mencukupi
 5. DAPATKAN SOKONGAN DARIPADA IBU BAPA, GURU DAN RAKAN

     Ibu Bapa
  • Ceritakan kepada ibu bapa tentang matlamat kita untuk mencapai kejayaan.
     Guru
  • Dekati guru dan berbincanglah tentang masalah pembelajaran yang dihadapi.
  • Hormati dan hargailah segala jasa dan pengorbanan guru.
     
    Rakan
  • Dekati rakan-rakan berfikiran positif, rajin dan bersemangat untuk berjaya.

Teknik SKOR Matematik

Kalau nak pandai matematik, kita kena suka matapelajaran tu. Mulakan dengan membuat soalan-soalan yang mudah dan sedikit demi sedikit. Insyallah klak nanti kita akan menyukainya.

Kedua, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. Pelajar yang berjaya dalam matematik kerana dia banyak membuat latihan.Semakin banyak latihan yang di buat, semakin kita mengingatinya.

Ketiga, disiplin sangat diperlukan dalam matapelajaran matematik. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Latihlah menjawab soalan matematik dengan mencatat masa, sekurang-kurangnya 3 minit diperlukan untuk menjawab satu soalan.Jadi, tidak ada soalan yg akan tertinggal kerana tidak cukup masa untuk disiapkan.

Keempat, Sifir. Walaupun sekarang mesin kira atau kalkulator sudah digunakan di sekolah. Tapi sebenarnya, 
menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Jangan terlalu bergantung kepada mesin kira, nanti daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda.Akhir sekali, kita kemahuan dan memerlukan azam yang kuat untuk menjadikan matematik ini hebat..

Monday, 10 October 2011

Kanak-Kanak Belajar Matematik

Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes kita dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme. Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimentasi di samping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran secara kendiri.

            Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang.

            Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.

            Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep.

            Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui sebelum ini.

            Sesungguhnya, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pembelajaran secara konstruktivisme dan koperatif. Selain daripada itu, guru juga harus bersedia dengan pelbagai kaedah pengajaran supaya dapat membuka minda kanak-kanak tentang keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam kehidupan seharian.

TEORI

       TEORI PIAGET


            Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland, merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaiman kanak-kanak belajar. Dari kajain dan permerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalaui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0 – 2 tahun), pra-operasi ( 2 – 7 tahun), operasi konkrit (7 – 11 tahun) dan operasi formal ( 11 tahun ke dewasa). Walau bagaimana, usia ini tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri.Menurut Jere Confrey (1999), “ Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities.”

            Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatnnya penting untuk perkembangan mental.

            Permainan kad seperti ini adalah salah satu daripada alat bantuan mengajar yang dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Klik untuk mendapatkan keterangan lanjut.



TEORI BRUNER

            Jerome Bruner, seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan. Bruner bersetuju dengan Piaget bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat tertentu. Walau bagaimanapun, Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui pelajar itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme).

            Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan pembantunya, Kenney, pada tahun 1963 mereka berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik ( Mok Soon Sang, 1996) iaitu:

a)Teorem Pembinaan
  
Cara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik

   ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit.

b)Teorem Tatatanda
   Tatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan kognitif murid tersebut.
 
c) Teorem Kontras dan Variasi
    Konsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya murid dapat  

    membezakan konsep-konsep matematik tersebut.

d) Teorem Perhubungan
   Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan

   kemahiran matematik yang lain.

            Selain daripada kajian tersebut, Bruner percaya bahawa kanak-kanak lebih dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran tertentu.







TEORI GAGNE

            Robert M. Gagne, seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan jenis pembelajaran matematik. Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori Piaget dan Bruner. Menurut Gagne, terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip.

Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat, pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pembelajaran melalui pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami.

 
     TEORI DIENES

            Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik, pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. Beliau telah merancang satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk menjadikan matematik lebih mudah dan berminat untuk mempelajari. Mengikut Dienes konsep matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan berstruktur, mencari ciri-ciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan akhirnya formalisasi.

            Teori Dienes mengariskan beberapa prinsip bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik iaitu:

a) Prinsip Konstruktiviti
   
Pelajar haruslah memahami konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang logik.

b) Prinsip Perubahan Perspeptual
   
Kanak-kanak didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan konsep Matematik.

c) Prinsip Dinamik
   Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk membentuk             
    satu konsep.